8 November 2012

TANGANI ISTRI NUSYUZ

Islam meletakkan garis panduan jelas bagi suami dalam menangani masalah isteri nusyuz atau derhaka. Namun tindakan mencederakan isteri dengan alasan isteri derhaka tidak dibenarkan oleh syarak. Apatah lagi kekasaran itu dilakukan disebabkan ketidakpuasan hati terhadap isteri atas perkara kecil. Rasulullah SAW menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabda:
 “Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya kamu akan menidurinya juga."

 Jadikan kisah yang berlaku kepada Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Umar untuk mengadu perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar sambil menunggu beliau keluar.

 Ketika itu lelaki itu terdengar isteri Umar meleteri beliau dan khalifah itu hanya berdiam saja. Melihat yang demikian, lelaki itu terus pulang ke rumahnya sambil berkata sendirian: “Jika itu tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”

 Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki itu bertanyakan tujuan dia datang mencarinya.

 Lelaki itu berkata:“ Wahai Amirul Mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang Amirul Mukminin.”

 Maka Umar menjawab: “Wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku sudah menunaikan segala haknya ke atasku, dia yang memasak untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan semua anak-anakku, sedangkan semua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali semuanya itu aku tidak memarahinya kerana berleter.

 Berkata lelaki itu: “Begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “Ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara.”

KEGANASAN RUMAH TANGGA

di mahkamah rendah syariah agak memeranjatkan apabila realitinya masih banyak kes membabitkan keganasan dalam rumah tangga terutama kes suami memukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan serius berlaku.

 Akhirnya isteri memohon fasakh dan lebih menyedihkan lagi jika pasangan mempunyai anak, maka zuriat menjadi mangsa. Fenomena ini berlaku disebabkan si suami tidak merasai bahawa isteri yang dinikahinya itu adalah amanah Allah SWT untuk menjaganya.

 Rasulullah berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh rasa kasih sayang), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Sa’id)

 Betapa hebatnya ganjaran Allah buat suami isteri yang menghiasi rumah tangga yang dibina dengan mawaddah dan rahmah. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.”

SUAMI PERLU AMANAH HIASILAH RUMAH TANGGA

 Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

 Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

jadikan istri sebagai teman

Ringkasnya, wahai suami, marilah kita contohi Baginda Nabi Muhammad SAW, Umar dan sahabat lain dalam mengemudi rumah tangga. Jadikanlah isteri sebagai teman. Jika suami impikan isteri solehah sudah pasti kita sendiri perlu berusaha menjadi seorang suami soleh.

5 November 2012

AJARAN SESAT PENGARUHI GOLONGAN BERJIWA KOSONG



Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara asing dalam kamus kehidupan umat Islam. Ini kerana ia datang seiring kehidupan manusia.

 Namun,masih ada ramaikalangan umat Islam yang begitu mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat itu.

 Meninjau realiti umat Islam dewasa ini, sebahagiannya belum memahami dan terkeliru hakikat sebenar unsur kesesatan dalam sesuatu ajaran sehingga berlaku tuduh menuduh di kalangan umat Islam hingga ke tahap mempertikaikan akidah dan pegangan masing-masing.

 Tetapi, apa yang paling menyedihkan ialah pendukung ajaran sesat berjaya pula mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk bersama-sama meneruskan kegiatan mereka.

 Lebih daripada itu, pendukung ajaran sesat sanggup menuduh dan melabelkan orang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenarnya.

 Kemelut ajaran sesat ini boleh berlaku apabila kejahilan terhadap ajaran Islam sebenarnya masih lagi menunjangi ruang lingkup kehidupan umat Islam.

 Mereka jahil mengenai makna iman dan Islam sebenarnya yang menuntut kepatuhan penuh tulus lagi kudus semata-mata kepada Allah saja. Begitu juga mereka tidak arif mengenai batas iman dan Islam yang merapatkan mereka ke sempadan kesesatan dan kekufuran.

 Mereka tidak menyedari bahawa amalan khurafat dan ajaran sesat itu bertentangan dengan Islam dan seterusnya ia boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kesesatan serta kekufuran yang dilaknati Allah.

 Justeru, setiap Muslim diwajibkan oleh Islam supaya menimba ilmu Islam daripada sumber yang tulen iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah.

 Dalam hal ini, terserlah peranan ulama sebagai pewaris Nabi dalam menyebarkan ilmu Islam di kalangan masyarakat Islam di samping menggalas tugas penegak kebenaran dan pencegah kemungkaran seperti diperintahkan Allah.

 Tambahan pula ketiadaan maklumat terperinci dan garis panduan khusus berkenaan tarekat atau ajaran yang menyeleweng daripada Islam menyebabkan umat Islam masih terkeliru dan salah faham terhadap konsep bertarekat menurut Islam yang sebenarnya.

 Oleh sebab itu, hampir semua ciri dan ajaran yang disebarkan oleh sesuatu ajaran sesat berselindung di sebalik penggunaan istilah Arab yang boleh mengelirukan pengikutnya seperti ajaran Hakikat Insan, ajaran Nur Zaman, Imam Mahdi, Tarekat Naqsyabandiah, ajaran Taslim, wahdah al-wujud, al-fana’, kasyaf, ilmu laduni dan sebagainya. Penggunaan istilah ini mudah meyakinkan orang yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya mengenai Islam.

 Berpunca daripada kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya kekosongan jiwa dalam diri seseorang manusia.

 Kekosongan jiwa bermaksud jiwa seseorang itu kosong daripada nilai kerohanian dan agama yang terdahulu.

 Ini mungkin adalah akibat daripada penolakan masyarakat terhadap agama disebabkan oleh perasaan kagum dengan pencapaian sains dan teknologi. 

 Mereka meyakini sains boleh mencapai segala apa yang mereka ingini. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah kegagalan sains dan teknologi dalam memenuhi tuntutan kerohanian manusia. Oleh kerana itu, jiwa manusia kosong dan meluap-luap cuba mencari erti hidup, maka terjadilah apa yang dikatakan sebagai ledakan kerohanian. 

 Apabila kekosongan jiwa berlaku, maka seseorang itu akan cuba mencari apa saja untuk memenuhi jiwanya melalui dua cara yang ekstrem sama ada kepada ajaran yang dianggapnya keagamaan, pada hal ia adalah ajaran sesat atau keseronokan dan kegembiraan seperti mengambil dadah, arak atau muzik yang bersifat kekerasan. 

 Fitrah manusia yang mahu beragama dan ingin mencari kebenaran menyebabkan ramai yang mudah terjebak dengan ajaran sesat. 

 Setiap ajaran sesat mempunyai ciri-ciri dan daya tarikan yang mampu menimbulkan minat dan menggoda serta sukar ditolak oleh mereka yang menjadi sasarannya. 

 Salah satu faktor yang menjadi daya tarik pada ajaran sesat itu ialah ciri mudah dan ringan yang ada padanya. Kebanyakan ajaran sesat muncul secara umumnya mengajarkan bahawa amalan berat yang mesti dilakukan di dalam ajaran Islam yang sebenar tidak perlu dilakukan iaitu sudah cukup dengan berniat saja. Dengan demikian, ajaran sesat itu melepaskan pengikutnya daripada tanggungjawab agama seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji. 

 Kerahsiaan adalah antara ciri utama yang ada pada ajaran sesat. Dalam hal ini, apabila seorang pemimpin ajaran sesat berjaya menarik pengikut ke dalam ajarannya, maka pengikutnya itu akan diminta bersumpah setia tidak akan membocorkan rahsia ajaran dan kumpulannya kepada orang lain yang sekali gus.

 menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mencari bukti pergerakan mereka.

 Pada masa sama, pemerintah sewajarnya berganding bahu dengan ulama dalam menguatkuasakan undang-undang Islam bagi membanteras gejala ajaran sesat dan amalan khurafat ini. di negara jiran hukuman yang dikenakan iaitu denda RM5,000, penjara tiga tahun dan enam kali sebat kepada pemimpin atau pengamal ajaran sesat kurang setimpal dengan kesalahan jenayah akidah yang amat serius. 

 Justeru, hukuman lebih keras, di samping menggubal akta murtad amat perlu bagi membanteras gejala ajaran sesat yang semakin meruncing. Malah, enakmen antara dinegara islam wajar diseragamkan bagi menghapuskan gejala ajaran sesat dari akar umbi lagi.

4 November 2012

TIGA CARA BERDAKWAH

Ada tiga cara berdakwah merangkumi hikmah kebijaksanaan, penyampaian nasihat dan kaedah berbahas mengikut kesesuaian sesuatu keadaan. Hikmah kebijaksanaan memerlukan mereka yang punyai ilmu mantap, jiwa halus, fahaman menyeluruh serta dapat menyelami jiwa dan pemikiran orang.

 Penyampaian nasihat secara berhemah pula mampu dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai bahasa beradab. Kata-katanya dapat merangsangkan, menggembirakan dan juga menakutkan pendengar melalui gambaran serta penjelasan mengenai sesuatu perkara.

 Kaedah berbahas pula perlu digalas oleh mereka yang menguasai ilmu yang mantap, fahaman jitu dan pertuturan teratur supaya dapat memberi hujahan tajam menusuk akal dan kalbu.

 Ketiga-tiga cara ini mesti digunakan pendakwah untuk menangkis tuduhan dan kecaman kaum munafik melalui penjelasan terperinci bagi kefahaman umat Islam dan bukan Islam. Ia juga bertujuan memperbetulkan tanggapan, pandangan ataupun amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

 Kemunculan fenomena baru seperti ajaran sesat, perbuatan bidaah adalah pembaharuan fikiran berlandaskan akal dan logika yang terbatas dipelopori oleh kaum munafik bagi menguasai minda serta jasad mereka yang lemah imannya.

 Semua penjelasan mengenai perkara duniawi dan ukhrawi sudah diberikan Allah SWT dalam risalahNya. Jika umat Islam tidak memahami risalahNya dan tidak mengamalkan ajaranNya sebaik-baiknya, mereka boleh diperalatkan oleh anasir Barat melalui propaganda mereka.

9 September 2012

USAHA DAN DO'A


Saya relevansikan tadi dengan do'a dan usaha, untuk mengisi Iman dan taqwa. Dengan Iman kita berdo'a, dengan taqwa kita berusaha. Do'a, usaha untuk merealisasikan Iman dan Taqwa supaya mudah mengingat rangkaiannya, di singkat "DUIT ", termasuk membina dan membentuk keluarga, do'a dan usaha harus dijalankan. Didalam Al Qur'an nul karim diajarkan olah Allah SWT tiga macam do'a khusus 

untuk keluarga, banyak do'a di Al Qur'an, semuanya ada 66 ayat, dari 66 ayat ini ada tiga do'a yang khusus untuk keluarga.
Pertama di surat Al-Imran ayat 38, yang kedua di surat Ibrahim ayat 40, yang ketiga di surat Al-Furqan ayat 74, inilah konsep do'a yang di ajarkan Allah SWT, didalam Al Qur'an untuk membentuk dan membina keluarga yang bahagia, sejahtera, aman dunia dan akhirat.